//The Fact//
Disclaimer



~ menaip keyboard laptop sekadar untuk berceloteh dan syok sendiri,,heh,, kepada yg ter'usha blog ni, kalau la rase bole tahan, rjin2 la melawat ye, kalu tak, x ngape... hantuk kepale pda dinding, lupakan.. ahaks~ ;D .


Diary About Links

Scream Here







Say it's fact


Editing by : Alia Iwani
FOLIO KAWIN..eheh..
Friday, 8 February 2013 | 09:37 | 0 comments

alhamdullilah.. :)

ok ini adalah kerja sekolah yg paling pelik pernah aku dapat..
folio perkahwinan!
under subjek sivik, cikgu jasmin la suruh kami buat.. selambe je dia ckp,
' ok kelas, saya nak kamu buat folio kawin, satu grup 2 org, lelaki dan prempuan. si lelaki suami dan perepuan isteri dan kamu kene buat ape yg saya bagitau ni, blablablabla'
dan semua ahli kelas 5Khubaib terdiam,,, dah la knonnye kelas tu digelar kelas stok bdak alim, maklumla badar melambak...
kami pun memandang sesama sndri, dlm hati 'bior benar cikgu ni?'
mmg benar la ckgu,, ktenye markah untuk sem 1,,,heh,,,
alang2, kelas ade 19 org laki, baik aku cepat cop yg bole pakai... then, aku selambe je la ajak kapten a.k.a helmi.. dia pun ok!! yeah, mmg dia stok boleh pkai.... ade la beberapa mmbe aku marah..' alaa fact, aku baru nak ambil dia....' hehehe... nasib kome la,, sape cpat dia dpt..kikikiki
tpi ade konflik juga, bile pak2 imam mula x setuju, haih, mula gaduh,, kami pun bertanya la pada ustzah untuk dpt kepastian,,, hah, ustzah pun kate' tiada masalah asalkan kamu jaga batas2 pergaulan'... hah..,
so, kwn2 jgn la kite berfikiran sempit sngat dlm sesuatu tugas.. mmandangkan kapten ni jiwang paku karat orgnye, dia la yg mengarang,, aku menaip je.. katenye dia buta it skit.. haa elok sngat la tuh...

selepas bincang punya bincang, ini lah dia.... taraaa~





PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
MAKTAB RENDAH SAINS MARA BALING
FOLIO PERKAHWINAN


NAMA        : MOHAMAD HELMI BIN KARIM
                                            NUR  LIYANA FATINI BT MOHD AMRAN
KELAS         : 5 KHUBAIB
GURU         : ENCIK. JASMIN SHAH
    



BAB `1: LATAR BELAKANG






 NAMA                        : MOHAMAD HELMI BIN KARIM
TARIKH LAHIR         : 15 JANUARI 1995
TEMPAT LAHIR        : HOSPITAL BUKIT MERTAJAM
ASAL                          : PULAU PINANG
PEKERJAAN              : DOKTOR PAKAR JANTUNG
PENDIDIKAN                        : TADIKA KEMAS, SK. AIR MERAH, SMK BADLISHAH KULIM,
                                     MRSM BALING ,USM ,MOSCOW MEDICAL  ACADEMY.
WARNA KGMARAN : HIJAU
BAPA                          : KARIM B. JAAFAR
IBU                             : HAMIDAH BT MOHAMAD
HOBI                          : BERMAIN BOLA SEPAK , TAKRAW DAN BADMINTON












NAMA                        : NUR LIYANA FATINI BT. MOHD AMRAN
TARIKH LAHIR         : 13 OKTOBER 1995
TEMPAT LAHIR        : HOSPITAL SUNGAI PETANI
ASAL                          : GERIK, PERAK
PEKERJAAN              : DOKTOR
PENDIDIKAN                        : PASTI AIR PANAS, PRA SEKOLAH, SK AIR PANAS,
  SK MAHKOTA SARI ,SMKA SLIM RIVER
                                       MRSM BALING, KMS , MANSOURA UNIVERSITY.
WARNA KGMARAN: BIRU DAN JINGGA
BAPA                          : MOHD AMRAN BIN MAHMOOD
IBU                             : NENSIAH BT. AHMAD
HOBI                          : MELAYARI INTERNET

                       




BAB 2: PENGENALAN

Dari sudut Helmi,
Kisah ku bermula ketika aku masih bersekolah lagi. Rencah kehidupan yang aku lalui selama ini akhirnya membahagiakan aku kerana dapat bersama dengan seorang gadis yang diidamkan oleh seluruh lelaki di seantero dunia. Aku mula bercinta ketika aku di tingkatan satu lagi. Percintaan yang diklasifikasikan sebagai ‘cinta monyet’ ini sememangnya tidak akan bertahan lama. Di pendekkan cerita, gadis yang aku cinta itu rupanya menduakan diriku dengan bersama dengan beberapa lagi lelaki dari sekolah lain. Aku merasakan tamparan hebat sampai hancur luluh menjadi debu di padang pasir hatiku ini. Perasaan amarah ini membuatkan aku membenci mereka yang digelar perempuan di dunia ini. Terkunci kejap pintu dihatiku menggunakan mangga.
            Setelah aku naik ke tingkatan 4, aku pun berpindah sekolah kerana mendapat tawaran ke MRSM  Baling. Hatiku gembira kerana cita-cita aku ke MRSM tercapai. Tiba-tiba aku ternampak kelibat seseorang yang aku kenali turut sama mendaftar diri sama dengan dengan aku. ‘’Eh, macam pernah ku kenal perempuan ini’’, hatiku berdetik. Oh , baru aku ingat! Dia adalah Fatini. Laa, budak sekolah lama aku rupanya. Aku mengukir senyuman manis kepadanya. Agak lambat dia membalasnya. Mungkin dia pun baru sedar akan kehadiranku. Entah mengapa aku tiba-tiba terfikir sesuatu,  baru aku perasan yang gadis ini dulu satu sekolah rendah denganku, kemudian sekolah menengah pun sama, sekarang MRSM pulak! Eh?? Apa kes?? Malas aku nak memikirkannya. Aku bukannya rapat dengan dia pun. Semuanya mungkin kebetulan sahaja.
            Sejak hari itu berlalu, aku dan Fatini kerap kali dijadikan satu kumpulan . sewaku orientasi la bermula segala-galanya. Dah la satu homeroom, sekelas pulak. Banyak aktiviti di maktab aku digandingkan bersamanya. Tidak lama selepas itu, terdengarlah gossip-gosip liar mengatakan Fatini pacar aku. Aku hanya tergelak melihat telatah mereka. Aku tak pernah rasa apa-apa selama kami digandingkan bersama. Aku pasti Fatini pasti setuju dengan aku. Pejam celik pejam celik, masa pun berlalu. Kami telah pun graduasi dan mendapat keputusan masing-masing. MRSM Baling muncul sebagai maktab terbaik di Malaysia mengalahkan maktab-maktab PKP.  Ramai pelajar-pelajar lepasan MRSM Baling ke luar negara.  Dengar cerita Fatini ke Mesir melanjutkan pelajaran ke sana, manakala aku ke Barat, iaitu Ireland untuk mengambil jurusan medik.
            Setelah lima tahun aku bekerja keras, akhirnya, aku kembali ke tanah air dengan gelaran ‘Dr’. Namun, aku tetap ingin  sambung belajar untuk mendapat gelaran pakar dalam bidang jantung.  Aku telah di tugaskan di sebuah hospital yang popular di Malaysia. Suatu hari, aku turun ke kafe berdekatan hospital, tidak semena-mena aku ternampak Fatini sedang makan di situ. Tanpa segan-silu aku pun menegurnya. Almaklumlah, kawan lama ,kenalah tegur. Kami pun berborak rancak. Sejak dari hari itu, aku kerap mengajaknya keluar makan bersama-sama. Tanpa ku sedari, aku rasa suatu perasaan yang aneh ketika bersamanya. Terasa segala-galanya indah belaka.  Lantas, aku meminta izin kepadanya untuk ke rumahnya dengan alasan ibu bapa ku ingin berjumpa sahabat lama mereka iaitu ibu bapa Fatini pada cuti hujung minggu.
            Fatini terkejut kerana kehadiranku bersama-sama orang tuaku dan beberapa orang yang membawa dulang berisi. Kami pun dijemput ke dalam rumahnya. Keluargaku menyatakan hajat kedatangan kami. Setelah berbincang, ayah dan ibu Fatini meminta izin untuk berbincang dengan anak gadis mereka. Ketika itu, aku hanya berserah dan memohon doa kepada Allah agar pinangan ini tidak ditolak. Dah lah ayah Fatini tu nampak garang orangnya. Cuak aku jadinya. Setelah lebih kurang setengah jam, mereka pun kembali ke ruang tamu dengan wajah yang tampak selamba tanpa sebarang petunjuk. Lalu ayahnya degan wajah yang garang menghampiriku dan berjabat tangan denganku. Aku tergamam seketika dan ayahnya berkata “kami terima pinangan kamu”. Saat itu, hanya Tuhan yang tahu betapa bersyukurnya aku kerana hajatku tertunai.



Dari sudut Fatini,
            Kisah mengenai diriku tidak banyak yang menarik. Sejak dari tingkatan 1 lagi aku sememangya agak ‘anti’ dengan lelaki ni. Hanya disebabkan ramai kawan-kawan ku yang putus cintala, ditinggalkan, kecewa, menangis dan macam-macam lagi pada usia yang muda ni. Aku sering bermonolog’ tu lah kecik-kecik dah pandai bercinta, kan dah kena!!’. Sememangnya aku akan cuba menjauhkan diri dengan lelaki yang cuba untuk mencipta cinta monyet dengan mana-mana perempuan.  Aku bertekad, pada usia ini biarlah dipenuhi dengan kasih sayang kepada ilmu, ibu bapa, keluarga, guru dan rakan-rakan sahaja.
            Setelah tamatnya tingkatan 3, aku telah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam PMR. Berkat usahaku selama ini, aku telah ditawarkan ke MRSM Baling. MRSM memang sekolah yang aku idamkan sejak tahun 6 lagi. Bertambah berkobar-kobarlah semangat aku untuk menuntut ilmu. Tanggal 8 Februari, aku dikehendaki mendaftar diri. Sewaktu pendaftaran , terdapat seorang pelajar lelaki yang tinggi lampai sedang mengukir senyuman manis kepadaku.  “Laa, kenapa budak ni? Silap orang kot..” hati ku berdetik. Setelah diaamati, baru aku sedar, dia adalah kawan sepermainanku sejak sekolah rendah lagi. Waktu sekolah rendah je la. Helmi , budak popular sewaktu di tingkatan 1 lagi. Terkenal dengan gelaran kapten, kerana dia merupakan ketua pasukan Softball sejak dari sekolah rendah lagi hingga menengah. Sewaktu orientasi, aku dapat satu kumpulan dengan Helmi. Yes !!! Ada kawan.. tak payah susah-susah nak jadi peramah. Memang itu perangai aku sejak azali. Susah nak’ friendly’ dengan orang. Sejak hari itu, boleh dikatakan tiap masa aku mengadap muka Helmi, kelas, homeroom, sampaikan group mata pelajaran pun selalu dengan dia. Haish….bosanya.. Sampai satu tahap ,  mula la orang cakap aku ada sesuatu yang istimewa dengan dia. Hey..hey..tak sanggup aku. Budak tu dah lah ‘playboy’ kat sekolah lama dulu. Tak silap aku la. Dalam hati ni geram juga. Yela, bagi spekulasi bukan-bukan. Tapi , aku buat tak tahu saja. ‘acting profesional’ la katakan. Aku dan Helmi sama-sama sepakat, biarkan spekulasi itu berlalu sahaja. Setelah aku berusaha keras selama 2 tahun di MRSM, akhirnya aku berjaya peroleh keputusan yang cemerlang dalam SPM.  MRSM Baling pun muncul tempat pertama maktab terbaik di Malaysia mengalahkan semua maktab PKP. Alhamdullilah , aku telah ditawarkan ke Mansoura University di Mesir.
            Setelah 5 tahun bertungkus lumus di negara orang, akhirnya aku berjaya menjawat jawatan sebagai doktor di sebuah hospital terkenal di Malaysia.. pada suatu pagi yang hening, tatkala aku sedang menikmati sarapan yang cukup menyelerakan di sebuah  kafe tidak jauh dari tempat kerjaku. Tiba-tiba seorang jejaka yang berbaju kemeja hitam dan tinggi lampai menegurku. Haish, kacau betulla..  Aku sedikit tergamam kerana dia kawan  aku yang selalu aku mengadap dulu, Helmi. Rupanya dia satu hospital denganku, cuma dia berada di unit jantung. Bak katanya, tengah sambung belajar untuk menjadi pakar dalam bidang jantung.  Sejak dari saat itu, kami menjadi sahabat baik. Helmi sering mengajak aku keluar makan bersama. Suatu hari, dia menyatakan hasratnya ke rumah ku dengan alasan ibu bapanya ingin berjumpa sahabat lama mereka iaitu ibu bapa ku.  Aku hanya mengiyakan sahaja kerana aku tahu, ibu bapaku merupakan jiran tetangga dengan ibu bapanya suatu masa dahulu.
            Tibanya saat itu, aku sedikit terkesima kerana kehadirannya dan keluarga bersama-sama dengan dulang yang berisi. Setelah bapa Helmi menyatakan hasrat kedatangan mereka, ibu bapaku meminta izin untuk berbincang denganku. Pelbagai persoalan berlegar-legar di kotak fikiranku. Hanya Allah yang dapat membantu.  Tiba-tiba terdetik di hatiku untuk membaca tafsir kesayanganku. Aku teringat pesan naqibahku, surah Al-Baqarah dapat menenangkan hati. MasyaAllah, indahnya ayat 216. Akhirnya, berkat ilham dari Allah, aku menerima lamaran dengan hati yang terbuka. Mungkin ini la jodohku, bersama insan yang sudah lama aku mengenalinya…








BAB 3: PROSES RISIK-MERISIK

            Sewaktu merisik, Helmi datang bersama-sama dengan ibu bapanya secara mengejut tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada tuan rumah. Keluarga pihak perempuan agak terkejut dengan kehadiran mereka. Setelah berkenalan dengan keluarga pihak perempuan, akhirnya Encik Karim pun menyatakan hasrat  kehadiran mereka ke rumah. Alhamdullilah , hasrat mereka mendapat jawapan yang positif dari pihak perempuan.  Barang-barang hantaran berupa cincin tanda, wang tanda, kain, buah-buahan dan selainya diserahkan kepada ibu bapa pihak perempuan. Kemudian, wakil pihak lelaki pun berbincang dengan tuan rumah mengenai wang hantaran serta hari pertunangan dan pernikahan. Akhirnya, tarikh keramat pertunangan dan pernikahan ditetapkan . Kedua-dua belah bersetuju untuk tida



BAB 4: PERTUNANGAN
Pada tarikh yang ditetapkan, pihak lelaki memberikan barang-barang hantaran kepada pihak perempuan. Sebelum itu majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat. Kemudian ibu kepada pihak lelaki menyarungkan cincin pertunangan di jari manis si gadis. Kucupan mesra di dahi  diberikan kepada si gadis dari bakal ibu mertua. Kemudian pihak perempuan menetapkan dan membincangkan hantaran perkahwinan. Majlis di akhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan.



BAB 5: MAJLIS AKAD NIKAH
            Akad nikah merupakan kemuncak kepada kesahihan sesebuah ikatan. Majlis akad nikah telah diadakan di masjid Putrajaya atas permintaan pihak lelaki. Kedua-dua pasangan mengenakan pakaian sedondon berwarna biru muda. Sebelum majlis bermula, wang hantaran sebanyak RM 22222,22, mas kahwin dan lain-lain hantaran diperiksa oleh tok kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan. Pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar di tengah-tengah majlis. Tok kadi akan membaca khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan rumah tangga dari sudut agama. Kemudian tok kadi membacakan lafaz nikah sambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki. Pengantin lelaki kemudian mengulang sebaik sahaja tok kadi mengoncangkan tangannya. Alhamdullilah , dengan sekali lafaz sahaja akhirnya kedua-dua pasangan telah sah bergelar suami isteri suami isteri. Doa selamat dibaca sejurus selepas itu sebagai tanda kesyukuran . kemudian pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan air sembahyang. Si suami menyarung cincin kepada isteri sambil keduanya bersalaman.




BAB 6 : MAJLIS KENDURI KAHWIN

Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, acara Rewang iaitu acara persiapan yang dijalankan sebelum majlis walimatul urus di adakan. Penduduk kampung dan jiran tetangga membantu persiapan. Telah ditugaskan beberapa orang penanggah yang terdiri daripada sanak saudara untuk menyediakan juadah kepada tetamu. Majlis perkahwinan kami dijalankan dalam suasana yang sederhana. Majlis di Pulau Pinang diwarnai dengan tema biru laut, manakala di Perak dengan tema krim putih.  Adat yang popular ketika majlis walimatul urus ialah menyambut tetamu dan cukai pintu. Sebelum pengantin lelaki dibenarkan masuk, pengantin lelaki memberi wang kepada pengapit atau ahli keluarga pengantin perempuan. Kemudian , barulah pengantin lelaki dibenarkan masuk ke dalam rumah untuk melihat pengantin perempuan. Diikuti dengan iringan paluan kompang.  Sepanjang kenduri dijalankan, para tetamu dan pengantin dihiburkan dengan tarian serta persembahan silat. Ditambah pula dengan celoteh deejay yang ditugaskan membingitkan suasana. Setelah habis acara persembahan, kedua-dua mempelai dibawa ke meja makan untuk sesi makan beradap ditemani dengan ibu bapa kedua-dua belah pihak dan keluarga. Pelbagai hidangan enak disajikan. Pengantin lelaki menyuapkan makanan kepada sang isteri, dan pengantin perempuan akan membalasnya kembali. Kemudian, kedua-dua mempelai akan beramah mesra dengan para tetamu yang hadir terutamanya sahabat handai.




BAB 7 : BULAN MADU
           
 Kami bercadang untuk berbulan madu di Italy selama sebulan untuk menjelajah satu Italy , selain itu, kerana keunikan kota Vanice yang terkenal dengan ‘city of love’. Kota Verona juga yang memiliki pelbagai keunikan seni binanya dan keindahannya.



BAB 8: PERANCANGAN MASA DEPAN KELUARGA

            Setiap keluarga yang dibina memerlukan perancangan masa depan yang rapi untuk kesejahteraan pada masa hadapan. Selepas berkahwin, kami ingin membeli sebuah villa di kawasan yang dibanjiri keindahan flora yang memberi keselesaan kepada sesiapa sahaja mata memandang. Dekorasi dalaman  rumah bertemakan English garden dan memiliki 8 buah bilik.  Helmi memiliki sebuah kereta berjenama Fairlady  manakala Fatini sebuah kereta berjenama Lamborghini berwarna biru. Kami sudah merancang untuk menjalani kehidupan yang kesederhana walaupun kami mampu untuk melayari hidup yang mewah kerana tugas kami yang agak sibuk. Kehidupan yang sederhana lebih berbaloi dan selesa.  Kami bercadang untuk memiliki empat orang anak . dua lelaki dan dua perempuan. Anak-anak akan diberikan pendidikan yang rapi dan seimbang dari segi agama dan akademik. Kami lebih berminat untuk menghantar  anak-anak ke sekolah yang mempunyai pendidikan agama yang sangat terperinci. Selain itu, kami akan cuba mencari ruang untuk meluangkan waktu bersama anak-anak seperti melancong dan bercuti. Kami menetapkan setiap kali cuti semester, kami akan meluangkan masa untuk bercuti ke Disneyland di setiap negara. Yang paling penting, menunaikan umrah setiap tahun jika tiada aral melintang dan haji pada masa yng sesuai bersama ibu bapa tercinta. Di samping itu, kami merancang untuk membuka klinik kesihatan sendiri di kawasan-kawasan perkampungan untuk membantu golongan susah. Selain itu, disebabkan Fatini mempunyai minat yang cukup mendalam dalam memasak, jadi dia bercadang untuk membuka sebuah restoran. Sejajar itu, kami akan cuba membantu golongan yang memerlukan bantuan kewangan. insyaAllah.


Konflik dalam rumahtangga
            

Kebanyakan pasangan mempunyai konflik untuk pulang balik beraya, namun , Alhamdullilah, Helmi seorang yang memahami. Setiap kali pulang ketika musim perayaan, destinasi kampung ditetapkan secara bergilir-gilir didahului dengan kampung di Perak. Namun, disebabkan Helmi mempunyai rupa paras yang agak menarik, dia sering didampingi oleh rakan-rakan perempuan di tempat kerjanya mnyebabkan timbul perasaan kurang senang di hati isterinya. Helmi seorang yang pandai berterus-terang dan dia tidak akan sesekali sanggup menduakan isterinya. Bak katanya la. Dia sentiasa berusaha untuk mengelak daripada berulang kejadian seperti itu. Di samping itu, akibat kekangan kerja yang padat, kami sering kali sibuk sehinggakan tidak sempat meluangkan masa bersama. Oleh yang demikian, kami cuba untuk sentiasa mengehadkan waktu bekerja bagi dapat meluangkan masa bersama keluarga. Akhir sekali , ketika Fatini ditugaskan untuk ‘outstation’ di sebuah hospital terletak di Negeri Sembilan bersama-sama dengan seorang rakan sekerjanya yang merupakan seorang lelaki menyebabkan Helmi berasa kurang senang dengan keadaan itu. Alhamdullilah, tiada apa yang berlaku selepas Helmi dinasihati agar sentiasa berfikiran terbuka dan positif.



BAB 9: HARAPAN
            

    Semoga hubungan yang dibina kekal abadi dan sentiasa diberkati oleh Allah. Dalam setiap keluarga perlulah mempunyai persefahaman yang cukup mendalam antara satu sama lain. Setiap tanggugjawab yang dipikul wajarlah dilaksanakan dengan sebaiknya bagi mewujudkan keseimbangan dan hubungan yang sejahtera.Sentiasa seimbangkan ilmu duniawi dan ukhrawi dan dapat mendidik generasi  pada masa hadapan berbekalkan ilmu yang padat di dada dan minda. Ukhwah fillah Abadan abada……




siap.. ahah...
memang sngat la lega bila dah hbes,,,nmpak mcm over ka? mmg la, kami bantai je ape dia.. mcm krete, duit hantaran, tah ape kebnda tah,,,,, sakit kepale aku fikir...
folio kami antara yg paling awal siap n paling nipis.. org lain, amekaw, tebal mcm novel je.. gilaa laa...
tpi kesian jgak yg terpaksa bermadu,, mmg kene buat kesah yg panjang... haha.... kasihan mereka..
hah, aku punya siap ade kad kawin taw!warne merah jambu... mujor la nme yg ditulis tu liyana, bukan fatini,, 
heee.. deme la beria ria nak buat, aku ok je..
tup..tup..tupp cikgu x puas hati, suruh buat balik pasal perancangan keluarga tu.. adey,,
tapi sgala2 nye kapten yg buat,, bhahaha,,,,

ade la beberape kawan2 kate ;' mcm mane kalau cerite yg kapten buat ni betul2 jadi??'
ohh tidak mungkin... " ahhh, xkannye, aku xkan benarkan ia terjadi" cewah,, poyo ayat kaw fatini....
pape pun, bnda ni laa menyesakkan otak kami mase tu... huru hara la jgak.......
kenangan zaman sekolah~ hee